Friday, 28 February 2014

Tragic of 2014

                            Assalamualaikum. Sekarang jam 2 pagi // 1 Mac 2014. Aku sedar dah 2 bulan 2014 berlalu dan aku tak post satu benda pun. Sebab aku malas, busy dan penat. Tahun ni batch #SPM katakan hahaha. Baru 2 bulan dah macam2 aku penat, fade up, tak berdaya. Apakah? sekejap ya. Btw, blog aku buruk gilaaa memang tak ada sambutan apa langsung. Lagipun aku post just nak berkongsi/luah kan intisari hati. so, tak kesah lah buruk ke apa janji aku tak kacau orang sudah. Kalau perasan, majoriti aku punya post berkenaan dengan orang yg aku sayang. Dan kalini tetap sama. Pisang? muka aku ada muka kesah? hahahaha lol! hambar -,-


                Itu siapa? entah aku tak tau. hahaha joke. Just ingat balik je masa taufiq snap kan pic ni. Just nak share jelahkan. Aku sayang dia, sayang sangat, sometimes aku memang rasa nak putus dengan dia disebabkan aku tak boleh tengok dia dengan orang lain aku bertahanlah sampai sekarang. Awal pagini aku tak tau aku rasa awful gila nak mati. Dah 3 hari dah mood aku tak hilang, still bad ass macam haritu. Setiap kali aku pasang lagu favourite aku, aku akan sedih bila teringat balik kenangan pahit yg pernah aku tempuh. Serious sampai sekarang aku tak boleh lupa ayat yg dia bagi dekat aku. Ayat memang hina + hancur leburkan hati aku terhadap dia buat pertama kalinya. Memang lifeless gila. sekarang pun lifeless gak.

                 Bukan apa, tapi banyak jugak la aku tak puas hati. bukan aku rasa diri aku sentiasa betul tapi dah memang aku kurang suka. Aku kekadang rasa diri aku ni memang bodoh, aku sendiri pun tak taulah kenapa. Dia ni selalu buatt aku sunyi, sentiasa tak ada masa aku perlukan dia, perlukan semangat dia. sampai aku pun macam dah fade up. Patutnya kan kalau orang paling istimewa tu boleh berikan keselesaan sikit kan? Tapi ini tak, makin aku cerita makin tak puas hati. Terkadang ada jugak masalah aku cerita dekat dia tapi kebiasannya di akhiri dengan "owh" thats why lah aku selalu diam bila ditanya aku kata ok. Sebab pe function cerita kalau akhirnya macam tu? dulu aku excident pun macam tu "kenapa tangan berbalut tu?" "jatuh motor" "OWH".

                Iya aku faham mungkin dia malu dengan aku dan tak tau nak cakap apa dengan aku. tapi please lah takkan dengan aku nak malu kan? apa tak ambil beratkah? Baru-ii ni aku ada gaduh dengan kawan aku sebab pertahankan maruah dia. Sanggup bermusuh dengan kawan 'baiklah jugak' just nak pertahankan maruah dia. Punya semangat aku cerita endingnya jugak sama "OWH" . Aku geram gila, tapi aku sabar jelah. Apa tak hargaikah? Apa tak sayangkah? Semua tu bermain di fikiran. Lepas kejadian tu berlaku, aku jadi lain sikit. Mood aku asyik tak betul. Ada masatu dekat group ws, aku panggil orang 'noob' banyak kali pastu admin tu pun kritik aku suka sakitkan hati oranglah kata aku ni jahatlah and so on lah. Serious kot dari dulu sampai sekarang aku tak pernah maksudkan apa yg aku cakap. Aku cakap macam tak ada motif. Aku sedih ah kawan kelas aku dah fikir aku ni jahat, tapi nasib baik aku ada BFFFF yg sentiasa backup aku gila gila. Masatu aku tanya dia "saya ni jahat ke?" dia kata "awak tak jahat, cuma awak kejam" kejam tu dah membuktikan aku lebih jahat daripada jahat biasa. Sungguh dia kata sayangkan aku, cintakan aku, sayang sangatlah. Tapi, rupanya dia sama macam orang lain yg tk ikhlas dengan aku, yg tak betul-ii ikhlaslah. How can make me she so special? sedangkan dia rupanya langsung tak kenal aku siapa yg sebenarnya?

                 Aku kenal diri aku, aku ni tak jahat, aku asal dulu memang baik gila sampai orang pijak kepala aku. Aku tau orang yg baik takkan mengaku dirinya baik. Tapi aku ni tak sejahat yg mereka gambarkan atas mereka lihat aku ni suka mengejek orang. Aku mengejek tak ada motif, tak ada niat. Cuma orang yg betul-ii ikhlas dengan aku tau hati budi aku, perangai aku macam mana dan alhamdulillah aku ada kawan yg macam tu. Cuma peliklah kan, macam mana dia nak jadi orang istimewa sedangkan aku dia belum kenal? ma gaddddd! hmmmmm. Sampai aku dah fadeup dan tak ada jiwa buat kali ke-2. Aku dah fadeup dan tak tau buat apa dengan dia. Aku ingat lagi apa yg aku cerita kat erin masa aku gaduh dengan dia dulu, aku tak sangka aku langsung tak nangis, tapi dia nangis tersedu dah tengok apa yg aku buat. Tapi aku dah lupa la apa yg aku buat dulu. Erin "tak semua orang sempurna, kau kena terima baik buruk dia baru saling melengkapi" YA! aku tau, tapi aku betul-ii dah fade up dengan perangai dia. Sebenarnya benda tak besar manapun, disebabkan perkara sebelum ni, ia bangkitkan baliklah peristiwa pahit dulu sampai aku ambik mc tak kerja.
                                                                                                                                                                    
        Memang aku rasa tak perlu kaitan Erin dalam post ni, tapi dialah antara orang yg faham aku gila gila. Tak pernah kata aku jahat walau aku selalu nganjing dia, sakitkan hati dia, tinggalkan dia macamtu je sebab anis sebab apa? Sebab dia kenal hati budi aku macam mana. Dia tahu aku tak sejahat apa baiknya aku. Kalau aku ada masalah dengan awek aku, aku mesti cari dia sebab diakan ada naluri wanita dan dia sekali pun tak pernah hampakan aku, kecuali dia tidur terbongkangtak ingat dunia. Perlu ke erin ada sifat ni semua? aku rasa tak perlu sebab sifat ni semua perlu ada dalam diri orang yg aku sayang. Aku tau aku juga tak memahami dia dan kerja aku asyik marah tengking tujelah. Tapi aku sedaya upaya faham dia, reply setiap masa walaupun busy tengah bawak motor ke apa. Biarlah aku mati langgar lori asalkan aku reply text dia. Entah lah, aku tengok dia memang tak ada mood lifeless gila katakan. Aku sayang dia, sayang sangat cuma kadang sayang aku, jadi kaca yg menghiris senyap senyap hati aku. Aku nak sangat kahwin dengan dia. Tapi keadaan tak berapa baek buat aku sakit jiwa. 

                 Intiharnya, aku tak mengharap dia perbaiki apa kekurangan dia sebab aku pun tak dapat berikan terbaik buat dia disebabkan perangai aku yg kejam. Aku cuma nak luah je apa yg tersimpan dengan niat dapat beri kelegaan. Walau sakit hati aku cuba bertahan walau sakit kerana aku pasti ada saat manis yg aku akan dapat dan membuatkan aku tak menyesal menghadapi segala keperitan. Baiklah, sampai sini je yg aku nak post dan semoga tahun ini tak memberi keperitan yg terlampau sakit sebab aku bakal hadapi exam besar. Dakwat keyboard pun dah nak habis so aku nak berhentilah. Terima kasih, Assalamualaikum :))))